Posted by : Aii
Thursday, November 21, 2013
CINTA PELANGI SENJA
Cukuplah dengan mengenal aku sebagai Aii atau ada yang mengenal diriku sebagai Pensil putih namun blog berkenaan telah aku lupuskan akibat blog itu ada 2 owner dan owner satu lagi dah x sefahaman dengan pensil putih . Kali ini, terdetik dihatiku untuk menceritakan kisah sebuah kehidupan yang paling hampir dengan kisah hidupku. Mungkin ada yang terdetik di hati menyatakan rasa ketidak puas hati atau dengan erti kata lain "poyo gile" penulis ni , namun cerita yang ingin aku cuba sampaikan bukan la untuk berbangga diri atau dalam bahasa lain mengedikskan diri tetapi berkongsi pengalaman kisah suka dan duka yang bukan semua manusia rasa seperti yang aku rasa.
Kita sering dihiburkan dengan pelbagai cerita cinta, Seram , komedi dan pelbagai cerita yang mencerminkan kehidupan kita. Aku bukan la penulis yang bijak mengolah sebuah cerita tetapi apa yang ingin aku sampaikan sebuah cerita kehidupan insan yang aku namakan dirinya sebagai "Imm" . Beliau telah menempuh kisah hidupnya dari sukar sehinggalah kini yang masih mencari erti cinta dan kehidupan . Namun apabila ianya semakin hampir mendapat erti cinta dari seorang gadis, cinta itu semakin kabur buat dirinya apabila cinta yang diimpikan untuk dibawa kejinjang pelamin digangu oleh sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar dan mengakibatkan hubungan yang suci murni terputus di tengah malam tanpa ditemani unggas atau cahaya bulan.
Namun kehidupan tetap diteruskan oleh pemuda yang bernama "Im " . Pemuda itu tidak dapat menahan dugaan yang begitu besar diberikan oleh Tuhan yang maha Esa sehinggakan apa yang bermain difikirannya hanyalah kematian. Dugaan tidak terhenti di situ malah berterusan sehingga beberapa bulan. Namun dalam menempuh dugaan yang begitu besar akhirnya beliau bertemu dengan seorang gadis yang berjaya mengubat hati beliau dimana ketika itu beliau seolah-olah tidak percaya pada cinta. Gadis berkenaan sangat cantik dan comel sehinggakan Im sering tergamam melihat wajahnya. Hari demi hari kehidupannya bertambah baik dari dulunya suram menjadi ceria ibarat tumbuhan mendapat baja secukupnya. Walaubagaimnapun cinta itu hanya bertahan setahun dan rupanya cinta yang cuba disemaikan itu hanyalah cinta yang dusta semata-mata. Selama ini cinta yang diharapkan untuk dirinya rupanya selama ini dikongsi dengan lelaki lain dan lelaki itu yang sebenaranya menjadi pilihan gadis berkenaan.
Sekali lagi dunia itu gelap bagi dirinya dan kini .................................................
(Episod 1) - 23 November 2013
Post a Comment